Baru baru ini saya dan suami berkesempatan berkunjung ke RESTORAN Q THAI AVENUE di Nilai. Dah seminggu sy pergi makan kat situ tapi hari ni baru berkesempatan nak update kat blog. Tak susah untuk mencari restoran ni sebab bersebelahan je dengan Giant Nilai. Sebelum ni kitaorang selalu jugak pegi shopping barang dapur kat Giant nilai…tp tak sangka pulak sebenarnya ada Restoran Steamboat & Grill yang best kat area situ. Kami pergi masa tu hari weekend…banyak jugak la kereta yang Q nk masuk Giant tapi Alhamdulillah senang je nak dapat parking. Wah….tak sabar nak rasa steamboat kat restoran tu. Kami sampai dalam 5.30 petang, so untuk menu Steamboat & Grill dah ada. Kami diberitahu untuk menu Steamboat & Grill ni dibuka pada Jam 5.00 petang hingga 12.00 malam. Tapi untuk menu ala carte start buka pada jam 11am-11pm. Mula mula masuk ke restoran ni…wah not bad boleh tahan jugak suasananya. Masa kami sampai pun pelanggan tak ramai so boleh pilih la port2 yang best.
Dah ambik port yang menarik….pelayan datang ambil order. Sebab ni 1st time kami ke restoran ni so kami mintak pelayan kt situ suggestkan apa menu best dan istimewa kat sini. Dia suggestkan pada kami untuk cuba ambil 4 in 1. Hah..menu 4 in 1..apa tu..hihihi? actly namanya Charcoal BBQ Buffet.
Bila kami tgk menu Charcoal BBQ Buffet ni..ermm macam menarik dan kami bersetuju nak cuba yang ni. Pelayan mula hidangkan kami kuah untuk steamboat..ada tomyam dan sup. Dua dua boleh rasa. Oh ya..apa yang membezakan set Charcoal BBQ Buffet dgn set Steamboat & Grill. Dalam Charcoal BBQ Buffet ada tambahan dia..so harga memang la berbeza dgn ambik Steamboat & Grill sahaja. Tambahannya selain kita menggrill dan bersteamboat guna dapur steamboat tu…kita juga boleh membako atas dapur arang…dapur tu akan disediakan sekali la…hah tak menang tangan dibuatnya…hihihi. Tapi takpe boleh mintak tolong pelayan kat situ tolong sikit sikit kalau tak menag tangan..hahahaha. Al maklum la kami berdua je…yang si mama kena handle kids…si papa la kena menbako bakonya..hahaha.
Uols boleh tengok dalam pic kat atas tu…pic Charcoal BBQ Buffet tu..nmpak tak dengan ada ketam nipah nya…sotong udang yang besau besau….dengan mcm2 jns ikan…siakap la paling best…jns satay ayam daging pun ada…..apa lagi???otak2 pun ada….nk bako jagung pun ado…memang macam2 ada la…so bagi kami tak rugi if topup ckit ambik set Charcoal BBQ Buffet ni. Cari kelainan sikit dari duk makan Steamboat & Grill yg duk biasa makan tu.
Untuk air plak…ni nak bagi tau sikit la…set yang kami ambil harga tak termasuk air..air kira lain..hihihi. so boleh la nk order pilihan air korang.
Untuk steamboat & grill pulak banyak pilihan…dengan yg jenis bebola bebola tu…yang jenis dengan perapan…sayur mayor yang pelbagai jenis…..hah jenuh nk memilih…ada yang kami tak terambil…peyut kecik je nk isi..hihihi…puas hati dengan pelbagai pilihan. Kuah tomyam juga boleh tahan…tapi kalau lagi kick..lagi kaw..mesti lagi best..hihihi. Sup tu boleh la untuk anak anak makan. Dah untuk sos jugak ada beberapa pilihan jugak…. Untuk keseluruhannya kami diberitahu lebih kurang dlm 200 jns pilihan kat sini….hah banyakkan.
My kids of course la duk sibuk layan aiskrim…ok la ada bebepara jns flavour untuk dipilih. Nasi goring, mee goreng, rending ayam pun ada….Harga? Ok harga untuk Charcoal BBQ Buffet ni RM45 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak kanak. Kanak kanak dikira mcm mn ye? Ok kat sini dieorng kira ikut ketinggian..kalau tak silap lebih 100cm br charge. If taknak ambik yg Charcoal BBQ Buffet ni korang boleh je pilih Set steamboat & grill sahaja. Harga kalua tak silap RM30 untuk dewasa. Erm beza RM15 je dengan Charcoal BBQ Buffet tu..so bagi kami tak rugi ambik yg Charcoal BBQ Buffet tu.
Ok la…overall bagi kami, kami berpuas hati makan kat sini…sebab ada kelainan..dan kelainan itu korang kena lah ambik yg Charcoal BBQ Buffet. Dari segi rasa pun sedap. Korang kalau nak datang boleh la booking dulu especially if nak dtg mlm weekand…tapi meja banyak sbb restoran ni boleh tahan luas…ada lebih kurang dlm 350 seat. Hari tu kami tak sempat nak try menu ala carte sebab perut dah tak mampu nak isi…hahaha. Tapi tgk menu ala carte mcm best je…insyaallah if ada masa kami nak datang lagi try menu ala carte dieorg plak. untuk memudahkan uols cari tempat makan ni. jom download aplikasi MakanJom kat google play store or apple app store. Selain itu senang untuk uols cari tempat makan halal yang lain juga. Jom korang download aplikasi MakanJom kat Google play store or apple app store.
open - 11.00 am - 11.00 pm ( Ala Carte)
- 5.00 pm - 12.00 am ( steamboat & Grill)
TEL : 06-799 9569
Ini tahun brapa? Tahun lpas pergi pun xder dpt ketam besar camtu. Semua comel2. Xder arang bakar camtu
ReplyDeletepenghujung 2017 kedai q thai.. pindah mana ek..
ReplyDeleteNew and used slot machines - Pragmatic Play - AprCasino
ReplyDeleteNEW nba매니아 AND NEW SLOT MACHINES novcasino WITH A HIGH RTP! For the ultimate aprcasino high-quality gaming experience, Pragmatic poormansguidetocasinogambling Play offers all casinosites.one of the